ALAMILAH KULIT SIHAT SECARA SEMULAJADI
*Untuk ton kulit yang lebih elok dan sekata, pastikan kulit bebas bernafas dan cukup oksigen.Caranya ialah belajar cara bernafas dengan betul & tenang.selain itu digalakkan makan makanan tinggi antioksida seperti brokoli,bayam,plum beri hitam & bermacam lagi...
*Pastikan diet disertai dengan buah dan sayuran yang pek-vitamin untuk kulit. means buah yang mmg ada vitamin yg bagus utk kulit macam Vitamin A, C & E. Kurang vitamin A boleh dilihat dengan kulit yang ‘flaking’. Vitamin C pulak anti radang juga baik untuk penyembuhan sel, regenerasi kulit. Lebih elok jika diambil bersama Vitamin E yang boleh menaikkan keserian kulit. Ada kajian menunjukkan pengambilan vitamin C & E yang serentak memberikan perlindungan 2 kali daripada sinar UV dan mengurangkan ‘sunburn’.
*Lembapkan kulit ketika lembap?apa tue?? tak faham lah...means pakailah losen atau minyak pelembap ketika kulit masih lagi lembap. contoh masa lepas mandi ke or lepas ambil wudu’ ke, Ini kerana ianya bertindak sebagai lapisan mengunci kelembapan dan melindungi daripada persekitaran yang kering.mudahkan!!!
*Hidrasikan dari dalam. Tahu tak macam mana?? Kulit kering lebih menampakkan kedutan. Jadi minumlah air secukupnya. Senang aje. Setiap 25 kg berat badan, mesti minum 1 liter air. Air juga dapat membantu mengeluarkan toksin serta mengurangkan sakit kepala.
*Bersenam 30 minit 3 x seminggu. Kulit mereka yang bersenam ternyata lebih elok dan bermaya kerana kulit mampu mengeluarkan toksin apabila bersenam..
*Makanan berlemak. Kajian juga menunjukkan kulit yang pramatang dan berusia adalah kesan dari kekurangan lemak. Jadikan ikan sardine, mackerel, biji rami, minyak zaitun, avocado dan kekacang sebagai agen mencantikkan kulit. Malah, pilihlah minyak atau losyen dari rangkaian zaitun, avocado dan kekacang.Jangan terlebih makanan berlemak pula...berhati-hati & pilihlah sekadar lemak yang diperlukan...
*Berhenti merokok. Tahu tak? Merokok adalah punca kedua terhadap kulit yang tua dan kusam selepas matahari? Proses penuaan kulit oleh si perokok adalah dua kali ganda daripada yang tidak merokok. Merokok mengurangkan aliran oksigen dan nutrien dalam darah serta menghasilkan enzim pemusnah kolagen semulajadi serta menyebabkan kedutan ketara pada bibir dan mata.
*Tidur. Tidur yang cukup adalah vitamin bagi kecantikan kulit sebab semasa tidur ini lah kulit kita tumbuh semula dan memulihkan sel-sel. Hormon pertumbuhan dirembeskan semasa kita tidur, jadi tidurlah secukupnya!
*Produk kecantikan kulit. Pilihlah yang tidak merbahaya, tanpa mekuri atau plumbum. Paling elok yang semulajadi serta tanpa paraben, pewarna atau pewangi. Serta ikut keperluan kulit dan usia.Rahsia saya hanyalah SHAKLEE ...tanpa perlu calit dimuka hanya telan sahaja...kecantikan khas dari dalam...
013-9194486
inginkan konsultasi jangan malu & segan sila hubungi saya
kredit to http://pesonaasli.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan