TAHUKAH ANDA
PERIHAL TENTANG USUS
Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana
SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi
(melakukan proses pertukaran zat) dan
menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit
(tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.
SIMPTOM - SIMPTOM USUS TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK
*sakit belakang badan , tengkuk dan bahu
*Masalah kulit
*Keletihan/ Lesu dan lenguh-lenguh
*Demam serta selsema
*Sembelit dan cirit-birit
*Masalah penghadaman
*Angin
*Sakit pada bawah perut sebelah kiri
*Kembung perut
* Sering sakit kepala
* Nafas & najis berbau
* Perut buncit
* Mood tidak menentu , mudah marah