Rabu, 24 September 2014

TIPS RAWAT & ELAKKAN RUANG LAMPIN SI MANJA ANDA

salam kasih readers semua..

sebenarnye daa lame nak buat entry pasal lampin nih 

tapi kadang stuck..

thnx to babycentre..

sebelum kite pergi ke topik yang sangat hangat nih..

ingin saya kongsikan dulu 

apa punca ruam lampin terjadi..

ruam lampin boleh terjadi bi bahagian depan/belakang


Apakah yang menyebabkan ruam lampin?

 * Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair. 

* Lampin yang paling meyerap pun meninggalkan kelembapan atas kulit bayi yang halus dan baru. Ini kemudian membuatnya lebih sukar bagi kulit bayi berfungsi sebagai pengadang, menambahkan kemungkinan kulitnya mengalami iritasi. 

* Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama lebih mungkin mendapat ruam lampin. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh menyerang punggung bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun lampin mereka sering diganti. 

* Reaksi antara air kencing dan najis yang bertempek bersama dalam lampin adalah sangat bahaya bagi kulit bayi anda. Serangan diarea (cirit-birit) boleh membuat bayi lebih mudah mendapat ruam lampin. Ini sebab najis bayi berselerak atas ruang yang lebih lebar dan adalah lebih basah dari biasa. 

* Kadangkala, perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin. Bayi anda mungkin mendapat reaksi alergi terhadap produk yang menyentuh kulitnya. Ini diberi nama dermatitis alergi, tetapi amat jarang bagi bayi mendapatnya. 

* Dermatitis alergi boleh tercetus apabila menggunakan lampin jenama lain, atau pembersih baru atau sapuan bayi. Kadangkala sebabnya nyata, apabila ruam terus timbul selepas anda menukar kepada produk baru. 


Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri.
 Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggukan bayi anda. 



Apakah cara paling baik merawat ruam lampin?



> Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.

> Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.

> Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas.

> Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.

> Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada.

> Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. Awasi bahawa emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya.

> Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang lampin pakai buang adalah lebih baik daripada lampin kain untuk merawat atau mencegah ruam lampin. 

> Jika ruam lampin bayi anda disebabkan alergi, masalah itu akan hilang dengan sendirinya selagi anda tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada asalnya. 



Bagaimana mengelakkan daripada ruam lampin?

Pelindungan yang paling baik untuk menentang ruam lampin ialah punggung yang kering. Untuk membantu, ikutilah lima langkah mudah ini: 

1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang mungkin. Pemakaian lampinlah yang pada asalnya menyebabkan masalah ini. 

2. Tukarkan lampin bayi anda secara kerap dan dengan cepat selepas dia membuang air kecil dan air besar. 

3. Cuci genital dan punggung bayi anda dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Periksa yang kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru. 

4. Sapukan sedikit lapisan salap pada punggung bayi anda setiap kali menukar lampin. 

5. Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan meniritasikan kulit bayi. 

Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi anda. 
Jika anda mahu memastikan yang najis bayi anda itu normal, kenapa tak bandingkannya dengan galeri foto lampin mengandungi najis kami! 


drapolene

ezerra

pureen






sayang sebab saya lambat berjumpa dengan shaklee tapi alhamdulillah 

ke4 - 4 anak saya tidak mengalami masalah ruam lampin yang teruk

SEBENARNYA DALAM SHAKLEE 

mempunyai krim ajaib yang bukan hanya untuk ruam lampin sahaja

tapi pelbagai kegunaan

untuk kulit tapak kaki yang kasar,untuk jerawat,untuk siku & lutut yang kasar..

sesuai untuk semua usia..

daripada ape yang boleh saya ceritakan ramai kawan - kawan yang menggunakan 

kream nie untuk masalah ruam lampin anak mereka.. ..

& mereka berpuas hati dengan hasilnya


saya kenalkan

MULTIPURPOSE CREAM

HERBAL BLEND





saya jugak menggunakn MPC nie untuk ank saya yang eczema & saya juga turut serta gunakan

untuk gegata &  kulit luka..

walaupun die ade rasa mentol tapi sepanjang saya & ank guna alhamdulillah

tak ade rasa pedih malah

anak sulung saya baru ni naik timbil di mata pun gunakan MCP nie..

saya bwk die jumpe doc & ade doc bekalkan ubat sapu

tapi pilihan die MCP nie..

bimbang jugak sebab dekat mata tapi 

die cakap ok je..

mudahan cepat baik.. & alhamdulillah dalam masa 5 hari memang daa surut..

gambar die daa lupe kat file mane ntah .. :)

KENAPA PILIH MCP NIE?


jawapan saya mudah die tiub die dah nampak kan PARABEN FREE

seandainya anda juga memilih untuk jadi pengguna seperti saya

boleh hubungi :

mardhiah ~ 013-9194486



Tiada ulasan: