Rabu, 26 November 2014

RAWAT JIWA



assalamualaikum semua terima kasih kerana  berkunjung ke blog saya ..

tempat dimana saya bercerita berkongsi yang insyaallah memberi manfaat kepada pembaca..

pernah tak dalam hidup..kita sekarang ni..

kita rasa mcam kosong tak tahu mana nak kejar..

rasa macam banyak peluang tapi tk tahu nak buat yang mana ..?

rasa dekat dalam keluarga tapi jauh dalam hati rasa jauh sesangat even sekalipun dengan suami kita

ade depan mata tapi masing - masing sibuk tak hiraukan hal masing masing

yang keriuhannya kerana anak - anak yang saling usik mengusik 

sebenarnya anda mungkin tertekan..

masalah kerja atau masalah yang mana hanya anda yang tahu..

back to basic

mungkin anda telah meninggalkan apa yang selama ini pegang

bangun mengadulah , bertasbih bertahmid..

insyaallah anda akan jumpa balik diri anda yang mana kosong akan terisi..

yang mana die jalan akn ada jalan keluar

Allah Taala sedang menguji sedang memberi peringatan bahawa anda telah melupakn Dia

syukur yang tak terhingga kerana kita semua dipilih diberi peringatan oleh Allah..

diberi ujian supaya kembali kepada Pemilik Yang Sebenar..




sangat - sangat suka dengar zikir nie sambil dengar sambil ikut dalam hati

rasa macam dekat sentiasa tenang ulang 10x pun tak jemu...

semoga hati - hati kita sentiasa sejuk dan damai..

kata prof muhaya 

dunia dalaman membentuk dunia luaran..

cara membentuk dunia dalaman 

insyaallah saya akan kongsikan di lain entry nanti apabila berkesempatan


anda memerlukan bantuan saya dalam memilih suplemen shaklee 

boleh hubungi saya di 

013 919 44 86 ~mar





MADU & MASKER

  teruja sangat hari nie sedang duk berblogwalking terjumpa 


laa blog abang  melastik bintang aka blog parenting yang sangat sangat saya suke nie...

kisahnya tentang khasiat madu ..yang best madu nie selain untuk makan / buat air boleh jadi masker

saya kalau masker dr bahan semulajadi memang jadi xcited terlebih..


apakah manfaat madu ?


antaranya ialah :-

meringankan masalah pernafasan seperti :-  bronkitis kronis, bronkitis asma, rinitis kronis, alergi dan 

sinusitis. 

menurunkan glukosa dan kolesterol jshst (LDL )kerana  memiliki indeks glikemik yang rendah .

antioksidan yang kuat ini kerana di dalam madu terdapat  ' pinocembrin '  hanya ditemukan dalam madu. 

selain itu ia mampu mengatasi masalah lesu , insomnia .. membersihkan usus dan mampu meningkatkan selera makan ank - ank 


madu dapat membantu dalam :-

melancarkan proses penghadaman & pencernaan

caranya :- campurkan 2 sudu madu asli + serbuk kulit kayu manis = 1 gelas air

mengurangkan kolesterol

caranya :- 2 sudu teh madu + sebatang kulit kayu manis + segelas air teh tanpa gula 
amalkan 3x sehari 
( mak saya sedang mengamal minum teh ini )

campuran serbuk kulit kayu manis + madu boleh membuang angin dalam badan / sakit perut.


pelbagai lagi kegunaan madu serta khasiat dan manfaatnya ..

saya sangat teruja untuk menjadikan madu sebagai masker untuk 

menghaluskan kulit muka .pakai  masker madu ini  sekali seminggu.caranya :-   buat 

 masker dengan menggunakan madu tanpa sebarang campuran  atau tambahkan dengan 

plain yogurt, tea tree oil atau air mawar untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum.


tips mengenali madu asli / tiruan 


  • Madu asli tidak mengeras di dalam peti sejuk. Madu yang mengeras apabila disejukkan bukanlah semestinya palsu, tetapi ini menunjukkan kandungan air yang tinggi dan kurang berkualiti. Madu asli juga kadang-kala mempunyai kandungan air disebabkan keadaan cuaca dan proses pembungkusan.
  • Madu asli tidak akan dihurungi semut. Pelik, tetapi benar! Madu adalah satu-satunya makanan manis yang tidak disukai oleh semut. Hanya madu palsu yang mengandungi gula pemanis akan dimakan semut.
  • Madu asli akan mengumpal di dalam air. Sesudu madu asli yang dituangkan di dalam air (tanpa dikacau) akan mengumpal dan jatuh di dasar air. Madu palsu akan bercampur dengan air (sebanyak mana bergantung kepada kandungan air di dalamnya).
  • Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu (atau madu asli yang mempunyai kandungan air yang tinggi) akan putus-putus pengalirannya.
  • Madu putih selalunya palsu. Madu putih yang selalunya dikatakan royal jelly oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Pertama, royal jellybiasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol (seperti botol-botol yang dijual di jalanan). Bayangkan, produk yang mengandungi royal jelly beberapa gram sudah mencecah ratusan ringgit. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu. Oleh itu, royal jelly tidak sesuai dijual di jalanan.
  • Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
  • Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya. Cara ini seumpama lagenda kerana tidak ramai yang berjaya menggunakannya, walaupun dengan madu asli. Ini kerana hanya madu yang benar-benar segar mengandungi enzim-enzim aktif yang ‘memasak’ kuning telur. Sekiranya anda mendapat madu yang boleh ‘memasak’ kuning telur, madu tersebut adalah benar-benar berkualiti dan segar!
  • Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Cara yang paling tepat untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.


anda memrlukan bantuan saya dalam memilih suplemen shaklee yang sesuai dengan bajet anda

boleh hubungi saya di :- 013 919 4486 ~ mar