Tip 1 – Untuk tips pertama ini, u perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati.U boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan U menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. U mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu U abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? - Ini kerana, apabila U berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch,U mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, U mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu,U tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. U bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.U boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. U sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman , dalam setiap hari KITA boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja. Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan KITA mengurangkan berat badan ke tahap yang diingini. Adakah UOLS fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi I cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh UOLS lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
- Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam.
- Untuk ke setiap destinasi, parking kereta jauh sedikit dari tempat yang dituju.
- Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah uols namun ia dapat memberikan uols satu senaman yang boleh menguruskan badan.
- Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata kita membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang u makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, u baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan , minum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian,u dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.Kebiasaannya 1 liter air = 25 kg berat..so u boleh total sndiri berapa y u patut minum...jika u jenis y kurang minum plain water u boleh try sikit sikit then upkan sampai max u boleh...
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya u mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila u kurangkan mengambil garam, sekaligus badan u tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa u makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren TANPA GULA. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat.I yakin, UOLS pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet UOLS.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka U dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. U harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini U menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, U boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? - Jika U buat macam tu, ianya boleh membuatkan u berputus asa kerana tidak dapat melihat perubahan. Cadangani, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini,i sarankan u memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, u perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak u makan, tahap kelaparan dan perasaan ketika makan.
Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan u.Lama-kelamaan, u pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah u rangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Positifkan fikiran dengan belajar teori-teori ini dan sekarang jom mulakan langkah UOLS dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Semoga dengan teknik diet yang betul berserta senaman UOLS mampu mengurangkan berat badan U. Jangan ambil jalan pantas untuk berdiet...nanti merosak diri.Tiada yang mudah dalam sesuatu pekerjaan..ISTIQAMAH & SABAR pasti berhasil dan paling penting NIAT kene betul...
~healthy is happiness~
#I LOVE SHAKLEE#
kredit to http://keindahanpengalaman.blogspot.com/