Rabu, 13 Ogos 2014

KESIHATAN DI MALAYSIA

bismillahirrahmanirrahim...

REALITY IN MALAYSIA

terpanggil untuk manaip entry ini sebagai pengetahuan semua pembaca bahawa malaysia ialah sebuah negara yang maju TETAPI mempunyai pelbagai masaalah kesihatan hasil dari gaya hidup yang tidak sihat juga masaalah pencemaran yang makin memburuk akibat arus kemodenan.
setelah melihat di beberapa blog kesihatan  yang lain apa yang saya boleh kongsikan disini ialah keadaan kesihatan rakyat malaysia terlalu membimbangkan...seram sejuk tangan yang sedang menaip gerun dengan statistik dari WHO( pertubuhan kesihatan dunia.) juga dari doktor-doktor pakar.

Berdasarkan kajian WHO malaysia ialah negara PERTAMA  di ASEAN dan negara KEENAM di RANTAU ASIA PASIFIK yang mempunyai masaalah obesiti dikalangan penduduk.Lebih kurang 16.8 juta rakyat malaysia mempunyai masaalah kegemukan.Dengan erti kata lain lebih kurang separuh separuh dari rakyat  Malaysia menghidap obesiti.Berdasarkan data penyelidikan juga menunjukkan kadar kematian akibat obesiti amat tinggi setiap tahun.
Bertahun lamanya para penyelidik membuat kajian bahawa pelbagai kompilasi penyakit  boleh dihidapi akibat dari berat badan yang berlebihan sekaligus memudaratkan kesihatan.
Selain dari ini penyakit seperti jantung , kencing manis , darah tinggi dan kanser juga dicatatkan..