Isnin, 29 September 2014

6 FAKTA TENTANG MEALSHAKES

ASSALAMUALAIKUM..

hye bloggers...

hari nie masih lagi nak bercerita tentang MEALSHAKES...

kenapa ??

sebab rugii sangat jika ibubapa tak grab nutrisi nie...1 canister tahan 2 bulan minima...

cuba bayangkan anda beli 3 canister dapat 3 or 6 canister dapat 8..

tahan 1 tahun okay..

syok tak berbaloii tak??

FUHH KALAU NK  TAHU HARGA 

boleh pm saya yer...

013-9194486

sementara stok masa masih ade...

okay..

ingin saya kongsikan disini beberapa fakta tentang  MEALSHAKES

Khamis, 25 September 2014

Tazkirah Malam Jumaat

ALLAH TAK JADIKAN SESUATU ITU SAJA2.

Bukan saja2 Allah jodohkan kita dengan suami sekarang..
Bukan saja2 Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan saja2 Allah bagi kita anak ramai atau takde langsung..
Bukan saja2 Allah bagi kita sakit..
Bukan saja2 Allah aturkan kisah silam kita..

Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh2 memohon ampun daripadaNya.

Bukan saja2 kita sorang je dapat hidayah..Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain. Cuba audit diri kita. Berapa banyak manusia yang kita berjaya bawak dan dekatkan dirinya dengan Allah?

"Hidup kita Allah yang atur. Suami kita Allah yang punya. Anak2 kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami,anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. Dia boleh bagi kita dan Dia boleh ambil balik daripada kita. Namun usah lupa. Allah itu Penyayang. Dia ambil sesuatu daripada kita sebab Dia nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Insyaa-Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! InsyaAllah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana2. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat2 mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

Lakukanlah! Dan perlahan2, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang Dia ambil dari kita tapi berbeza2 bentuk pemberiannya. Yang pasti, km pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu. Insyaa-Allah..

Allah tak jadikan sesuatu itu saja2~

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk
waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat)
dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah
Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala
anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu
Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar
datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya
memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam
Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini
memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang
yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip
hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang
terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya
Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan
tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini
bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan
jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah
kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah.
Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada
tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan
jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..
bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi
Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi
mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang
daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik
jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus
hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat
solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham
mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.

# mtbe mardhiahzulkiflu

Jom Perbaiki Solat 😀

Rabu, 24 September 2014

TIPS RAWAT & ELAKKAN RUANG LAMPIN SI MANJA ANDA

salam kasih readers semua..

sebenarnye daa lame nak buat entry pasal lampin nih 

tapi kadang stuck..

thnx to babycentre..

sebelum kite pergi ke topik yang sangat hangat nih..

ingin saya kongsikan dulu 

apa punca ruam lampin terjadi..

ruam lampin boleh terjadi bi bahagian depan/belakang


Apakah yang menyebabkan ruam lampin?

 * Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair. 

* Lampin yang paling meyerap pun meninggalkan kelembapan atas kulit bayi yang halus dan baru. Ini kemudian membuatnya lebih sukar bagi kulit bayi berfungsi sebagai pengadang, menambahkan kemungkinan kulitnya mengalami iritasi. 

* Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama lebih mungkin mendapat ruam lampin. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh menyerang punggung bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun lampin mereka sering diganti. 

* Reaksi antara air kencing dan najis yang bertempek bersama dalam lampin adalah sangat bahaya bagi kulit bayi anda. Serangan diarea (cirit-birit) boleh membuat bayi lebih mudah mendapat ruam lampin. Ini sebab najis bayi berselerak atas ruang yang lebih lebar dan adalah lebih basah dari biasa. 

* Kadangkala, perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin. Bayi anda mungkin mendapat reaksi alergi terhadap produk yang menyentuh kulitnya. Ini diberi nama dermatitis alergi, tetapi amat jarang bagi bayi mendapatnya. 

* Dermatitis alergi boleh tercetus apabila menggunakan lampin jenama lain, atau pembersih baru atau sapuan bayi. Kadangkala sebabnya nyata, apabila ruam terus timbul selepas anda menukar kepada produk baru. 


Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri.
 Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggukan bayi anda. 



Apakah cara paling baik merawat ruam lampin?



> Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.

> Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.

> Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas.

> Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.

> Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada.

> Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. Awasi bahawa emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya.

> Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang lampin pakai buang adalah lebih baik daripada lampin kain untuk merawat atau mencegah ruam lampin. 

> Jika ruam lampin bayi anda disebabkan alergi, masalah itu akan hilang dengan sendirinya selagi anda tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada asalnya. 



Bagaimana mengelakkan daripada ruam lampin?

Pelindungan yang paling baik untuk menentang ruam lampin ialah punggung yang kering. Untuk membantu, ikutilah lima langkah mudah ini: 

1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang mungkin. Pemakaian lampinlah yang pada asalnya menyebabkan masalah ini. 

2. Tukarkan lampin bayi anda secara kerap dan dengan cepat selepas dia membuang air kecil dan air besar. 

3. Cuci genital dan punggung bayi anda dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Periksa yang kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru. 

4. Sapukan sedikit lapisan salap pada punggung bayi anda setiap kali menukar lampin. 

5. Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan meniritasikan kulit bayi. 

Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi anda. 
Jika anda mahu memastikan yang najis bayi anda itu normal, kenapa tak bandingkannya dengan galeri foto lampin mengandungi najis kami! 


drapolene

ezerra

pureen






sayang sebab saya lambat berjumpa dengan shaklee tapi alhamdulillah 

ke4 - 4 anak saya tidak mengalami masalah ruam lampin yang teruk

SEBENARNYA DALAM SHAKLEE 

mempunyai krim ajaib yang bukan hanya untuk ruam lampin sahaja

tapi pelbagai kegunaan

untuk kulit tapak kaki yang kasar,untuk jerawat,untuk siku & lutut yang kasar..

sesuai untuk semua usia..

daripada ape yang boleh saya ceritakan ramai kawan - kawan yang menggunakan 

kream nie untuk masalah ruam lampin anak mereka.. ..

& mereka berpuas hati dengan hasilnya


saya kenalkan

MULTIPURPOSE CREAM

HERBAL BLEND





saya jugak menggunakn MPC nie untuk ank saya yang eczema & saya juga turut serta gunakan

untuk gegata &  kulit luka..

walaupun die ade rasa mentol tapi sepanjang saya & ank guna alhamdulillah

tak ade rasa pedih malah

anak sulung saya baru ni naik timbil di mata pun gunakan MCP nie..

saya bwk die jumpe doc & ade doc bekalkan ubat sapu

tapi pilihan die MCP nie..

bimbang jugak sebab dekat mata tapi 

die cakap ok je..

mudahan cepat baik.. & alhamdulillah dalam masa 5 hari memang daa surut..

gambar die daa lupe kat file mane ntah .. :)

KENAPA PILIH MCP NIE?


jawapan saya mudah die tiub die dah nampak kan PARABEN FREE

seandainya anda juga memilih untuk jadi pengguna seperti saya

boleh hubungi :

mardhiah ~ 013-9194486



10 SEBAB MENGAPA PERLU BERIKAN SI MANJA ANDA MEALSHAKES

salam sayang readers semua...

topik pagi ni kenapa perlu berikan mealshakes pada si manja anda??
anda rasa / fikir cukup tak nutrisi yang si manja anda perlukan setiap hari??
untuk perkembangan otak,perkembangan jasmani??
untuk saya memang tak cukup lengkap
sebab ank saya mane makan sayur..ikan ayam pun memilih..
kalau makan pun berkhasiat ke sebab sayur ayam ade bahan kimia..
time memasak hilang tak nutrisi yang ade dalam sayur,ikan ayam semua tuh...

sebab itu saya sangat memerlukan MEALSHAKES INI..
SANGAT BERBALOI
denagan harga rm 113. satu canister tahan dalam 2 bulan lebih..
bagi saya sangat berbaloi..
pulak tuh bulan nie..
ADE PROMOSI
BELI 3 FREE 1
kebiasaannya SHAKLEE promo ialah
BELI 6 FREE 1
bagi saya ini adalah 
PENJIMATAN BERGANDA

OKAY..

Selasa, 23 September 2014

KENAPA PERLU BACA BLOG PARENTING??

HYE READERS...

hari nie nak buat sesuatu kelainan sedikit...

saje je...

supaya hari ini menjadi hari kenangan di masa akan datang..

seronok pulak bile terjumpa Blog Melastik Bintang nie...

alahai canggungnye aku...

tengok blog abang nih buat kontes , giveaway memang syok..

semalam terbaca dekat 


jugak buat giveaway..


okay sambung balik..


~ Kenapa Perlu Baca Blog Parenting ~

Saya adalah ibu kepada 4 orang cahayamata dan juga seorang ibu bekerjaya..
misi saya WAHM :)



pendapat saya banyak kelebihan tentang blog parenting selain dari
mengetahui tentang time mengandung,bersalin,time pantang
ade juga ilmu pasal penyusuan
dapat juga tahu pasal pendidikan kanak-kanak
cara nak hadapi karenah anak-anak
selain itu
blog - blog parenting nie jugak berkongsi 
pasal lifestyle,holiday
shopping..
seronok..banyak dapat ilmu..
ade mcm-mcm ragam anak - anak nie kan..
anak-anak syurga :)
anak - anak anugerah Allah yang tak ternilai harganya
dan lumrah manusia 
kita  kadang terlupa..
untuk meraikan orang- orang yang ade disekeliling kita

"anak bila kita balik dari kerja  dia nak bermanja dengan kita,macam-mcm celoteh sb
da 1 hari tinggal kat taska
tapi kite pulak daa tak ade mood
nak layan..letih badan,letih emosi"

dan dengan pembacaan diblog-blog ini 
semoga kita semua mampu 
mengaplikasikan pada 
kehidupan kita sendiri..

sebelum - sebelum nie jadi silentreader je..
sekarang nie time untuk ku tonjolkan blog nie.. :)

blog-blog yang saya suka baca :





kepada semua readers yang berminat untuk menyertai rancangan ini boleh klik

semoga penulisan ini  memberi manfaat pada anda semua..






TESTIMONI SET SLIM DIET SHAKLEE


terpanggil untuk mengumulkan testimoni yang berjaya turunkan berat badan ..

ada yang komplen tak turunpon..??

bagaimanakah cara anda mengamalkan set tersebut??

dealer anda ade follow anda?

cukup tak keperluan air kosong anda untuk mengedarkan 

suplemen ?

disaat saya menulis ini saya sudah menghabiskan 2 liter air..

nie nak cari mana air mineral nih?? :)


mereka - mereka yang dah berjaya nie tak menjeleskan anda ke??

jika jeles anda tahukan kat mana nak cari saya.. :)

013-9194486

setiap pembelian dengan saya layak dapatkan jadual dan follow up berterusan dr saya..

:)











SET BAJET + CINCH SHAKE


SET BAJET + ESP


SET SUPERB


SET SUPERB




SET SUPERB

HERBLAX + LECITHIN




TAHNIAH UOLSS

&

MY SELF TO



BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT & SELAMAT

itu yang paling penting..




Isnin, 22 September 2014

TIPS BERSIHKAN USUS

TAHUKAH ANDA 



 PERIHAL TENTANG USUS

Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana

 SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.


Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).




Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.

Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.

Usus besar boleh menyerap mineral dan air.

Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi
 (melakukan proses pertukaran zat) dan
 menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit 
(tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)

Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.




SIMPTOM - SIMPTOM USUS  TIDAK BERFUNGSI  DENGAN BAIK 


*sakit belakang badan , tengkuk dan bahu

*Masalah kulit 

*Keletihan/ Lesu dan lenguh-lenguh

*Demam serta selsema

 *Sembelit dan cirit-birit

*Masalah penghadaman

  *Angin

*Sakit pada bawah perut sebelah kiri

*Kembung perut


* Sering sakit kepala

* Nafas & najis berbau

* Perut buncit

* Mood tidak menentu , mudah marah

TIPS UNTUK DETOX DENGAN CARA YANG SIHAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM..
assalamualaikum READERS sekalian..
hari nie saya nak sharing tentang detok..
kenapa kita perlu cucui usus kita..
detox = cuci



MENGAPA ANDA PERLU DETOX TUBUH ANDA??

usus yang kotor akan menghalang penyerapan nutrien dari makanan secara optimum.
anda makanlah apa sahaja makanan berkhasiat, atau telanlah apa sahaja makanan tambahan 
badan kita akan tetap rasa lemah dan tak bertenaga kerana 
nutrien tidak diserap..
selain itu jika anda berada dalam
 program pengurusan juga
agak sukar untuk berjaya kerana
 dalaman anda tidak dicuci 
sebelum anda memulakan 
sebarang program seharusnya
anda cuci dahulu sistem anda &
insyaallah
no more diet yoyo especially..
:)

JOM GODEKS..
HAVE A NICE DAY..

happy birthday to all mom in the world

hye....readers....

gud afternoon all...

korang semua makan ape??

hehe.. ade yang diet tak :)

kupon baru lepas lunch...

nasi 1/2 

kaki ayam 2 ketul

ayam goreng share ngan  adam

acar timun batang sikit...

air putih 


LECITHIN 3 BIJIK.. :)

sebenarnye nak share pasal lain tapi daa melencong ke lain daa...

jom layaann...

sediakan tisu ek...

jangan banyak soal okay..

rasenye ade subtitle...

:)





daa sudah...

sobssobs..:(

sedihkan...

terharu sebenarnye...

ade post kat fb melalui  blogger THEVOCKET

ku share di blog ikut versi diri sendiri hehe...

de end..

mardhiah
013-9194486
#shakleeeffect
*mtbe

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

bismillahirrahmanirrahim...

semoga perkongsian ini mampu memberikan anda semua panduan ..:)




01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.

02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.

04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri

05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.

06. Jangan mematah-matahkan jari anda.

07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.

08. Jangan mendongak ketika sedang solat.

09. Jangan meludah didalam tandas

10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.

11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain

12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.

13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.

14. Jangan mencari kesalahan orang lain.

15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.

16. Jangan bercakap didalam tandas.

17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.

18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.

19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.

20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.

21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.

22. Jangan menipu sepanjang masa.

23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.

24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.

25. Hindarkan berjalan sendirian.

26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.

27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.

28. Jangan mencela makanan anda.

29. Jangan bermegah(sombong).

30. Jangan menghalau pengemis.

31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.

32. Sabar ketika dalam kesusahan.

33. Membantu dengan tujuan yang baik.

34. Muhasabah diri dan bertaubat.

35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.

36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.

37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.

38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).

39. Jangan makan dalam gelap.

40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.



jika seandainya anda ingin berubah DO IT NOW!!

jangan bertangguh lagi...

dan ISTIQAMAH laa..

dalam penghijrahan anda.. :)

semoga mendapat redha dari Allah Taala..

salam kasih sayang dr

mydream
#mtb
013-9194486



RESEPI ESP YANG MABELES :)

assalamualaikum readers...

ha hari nie nak kongsikan sedikit je...

tentang buat esp...

kebiasaan saya buat hanya shake 

tetapi oleh kerana master saya dok sedap je post blend bagai

rasa cam tercabarlaa

dan paksakan diri untuk sempatkan blend..

hasilnya fuh..patutlaa

sedap sangat!!


jom layan...

Ahad, 21 September 2014

10 FAKTA MENARIK TENTANG SHAKLEE YANG RAMAI ORANG TAK TAHU:


1 ) Vitamin pertama shaklee ialah :Vitalized Minereals –Dihasilkan tahun 1915 ~  masih ade sehingga  hari ini.









2 ) Perkataan  VITAMIN dihasilkan  oleh  Dr Shaklee  hasil  gabungan perkataan Vitalized  Minereals.


3 ) Setelah  40  tahun memakan Vitalized Minereals (hr ni namanye Vita Lea) barulah Dr Shaklee menubuhkan syarikat  shaklee pd  tahun  1956.


4 ) Dr Shaklee meninggal pd  tahun  1985  setelah lebih  80  tahun  memakan  vitamin  shaklee.


5 ) Basic H Shaklee merupakan  pembersih organik bukan  racun  bukan  sabun yang  dihasilkan  pd  tahun 1960 sehingga  hari ini  masih  ada.


6 ) Instant Protein  Shaklee (ESP) dihasilkan dr KACANG  SOYA  BAKA  TULEN (non GMO soy)  pd  tahun 1961 sehingga  hari  ini masih  ada.


7 ) Syarikat  Shaklee membelanjakan USD300 juta  setiap  tahun untuk R&D produk  dan  setiap bahan-bahan yang  digunakan untuk menghasilkan  shaklee.


8 ) Syarikat Shaklee menjalankan 100 ribu ujian ke atas setiap produknya setiap  tahun.


9 ) Lebih  dr 65  saintis  bekerja dalam  Shaklee utk memilih ramuan  untuk menghasilkan  produk  shaklee.


10 ) Produk Shaklee disokong oleh lebih 100  kajian  saintifik dan kajian  klinikal yang dihasilkan dalam bentuk  jurnal sains dan  jurnal  perubatan.


Sehingga tahun  2012 Shaklee kekal sebagai syarikat  makanan tambahan (supplement) no 1 di Amerika  Syarikat (selepas lebih 50 tahun  diwujudkan).





# sebenarnya banyak lagi tentang shaklee yang sangat menarik untuk anda tahu...saya rasa kalau anda try & join sendiri barulah anda akan tahu kenapa saya cakap macam nih..  :)

seronokkan dapat kenal SHAKLEE  nih...dah tahu kenapa saya gile - gile sayangkan shaklee nih??
dah tahu kenapa kami yakin dengan falsafah shaklee ??
selamat , semulajadi , mesra alam..
jika anda seperti saya , jika anda sedang mencari suplemen , jika anda memerlukan khasiat suplemen
meh pm saya..saya bantu anda dapatkan kesihatan yang baik dengan shaklee...
kerana misi saya membantu semua orang menjadi lebih sihat insyaallah...
sihat untuk ibadah.. :)

013-9194486 ~ mardhiah ~ mydream master to be :)


http://www.shaklee.com.my/

https://www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia

PEMINTA SEDEKAH VS PENGHUTANG??

assalamualaikum w.b.t


mungkinkah anda pernah melalui saat - saat seperti ini ??

tak tahu untuk memilih..??

 Datang 2 orang  ke rumah anda dan berhajatkan kepada sedikit daripada harta anda. Manakah yang lebih baik dan besar pahalanya.??Siapakah yang anda akan dahulukan untuk mendapatnya ?
1) Pengemis yang memohon sedekah
2) Sahabat yang ingin berhutang

 jom lihat kupasannya.. :)



PENCERAHAN :


Orang yang meminta sedekah biasanya akan meminta daripada semua orang yang ditemuinya, samada kenal atau tidak. Kalau dapat, dapatlah. Jika tak dapat, dia pergi kepada orang lain.



Tetapi bila seseorang mahu meminjam atau berhutang dengan seseorang biasanya dia akan fikir dulu masak-masak dengan siapa dia boleh berhutang.
Biasanya orang ini akan hanya pergi berjumpa dengan orang yang dia rasa boleh memberi hutang itu. Orang yang berhutang ini biasanya sangat berhajat untuk menggunakan duit itu bagi membeli sesuatu keperluan atau melunaskan sesuatu bayaran.

 Dalam kata lain, orang tidak akan berhutang kalau tak desperate (terdesak)


"Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (HR : Ibn Majah & Baihaqi).
"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah... bertambah."
(HR : At-Tirmizi)


KREATIF BERSEDEKAH :


1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.





2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.



3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.



4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.



5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.




10. Sebarkan CCUK ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.
C & P from Masjid Sultan Mizan Putrajaya telegram group...

( sebarkan entry pada rakan - rakan yang lain 
semoga anda juga mendapat saham diakhirat kelak ..insyaallah)


013-9194486
#mmz



Pahala mmberi sedekah 10kali ganda. Pahala memberi hutang 18 kali ganda.. Renungkn...

Sabtu, 20 September 2014

TESTIMONI SET ECZEMA SHAKLEE

assalamualaikum..w.b.t

petang sabtu yang begitu harmoni..

ku ambil peluang untuk update testimoni dari diri sendiri

sebenarnya saya,anak sulung,yang ke 2 dan keempat

ade eczema..

anak yang ke-3 ade resdung..

kulit anak sulung dan yang ke - 2 dah nampak makin okay..

tinggal yang siibu dan auni..anak yang ke-4 

jee yang masih dalam proses pembaikan..

hehe.. :)

yang siibu..saya laa tak boleh bergantung suplemen  pada satu je...

sebab..

PETUA UNTUK HILANGKAN KUTU KEPALA

KUTU ???!!


gerunkan dengar...perkara yang nih paling ditakuti oleh ibu - ibu sekalian..

saya pun sama..

anak saya yang perempuan aisyah jugak pernah naik kutu nih..

biasalah...kutu nie memang berjangkit..kalau kat rumah nie memang tak ade tapi 

dari kawan sekolah , sepupu ke kita tak tahu...disini ade saya kongsikan tentang kutu 

tips yang tradisional dan moden..

ubat farmasi dan suplemen saya...





FAKTA  ASAS 

kutu berjangkit melalui sentuhan kepala ke kepala
( tidur atau duduk dekat ) 

Rabu, 17 September 2014

TESTIMONI VITAMIN C SUSTAINED RELEASE

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

dah lama sebenarnya nak update pasal vitamin c nih...

sekarang daa..diberi kesempatan masa..

bzlaa katakan..:)

sila baca disini menarik tentang vitamin c

sebelum saya meneruskan lagi cerita tentang testimoni vit C nie
 ingin saya kongsikan lagi tentang info vitamin C shaklee nih..

vitamin C sustained release telah dibuktikan melalui ujian klinikal
 mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam
 dengan pengambilan 2 tablet sehari.

Setiap tablet mengandungi 120 mg Bioflavonoid
 [ 25% dr Bioflavonoid diekstrak dr kulit buah ]
yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex.

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan
Vitamin C dalam tubuh kita.
Melegakan inflamasi , Menentang Infeksi Bakteria
& Radikal Bebas ..
JADI sesiapa yang selalu kena selsema, demam & batuk eloklah amalkan 
 Vitamin C SHAKLEE.
Lagipun tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C.
Vitamin C tidak memberikan kesan toksid dan yang paling best 
VITAMIN C SUSTAINED RELEASED SHAKLEE 
sesuai diambil oleh mereka yang ada penyakit GASTRIK..


INI DIA ANTARA TESTIMONI VIT C..

JOM LAYANN!!!

TENTANG KRISIS PEMULIHAN

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietary.Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit , TETAPI sebenarnya tidak.Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat  disebabkan tabiat pemakann kita.Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen , krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali.Biasanya ia akn terkadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun , tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama utk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang , kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatn.Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

pada waktu ini, ada kemungkinan pening, kelesuan , sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar ), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dll.
Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu dalam 1 hingga 2 minggu.

Dalam jangkamasa krisis pemulihan ini , minumlah banyak air bersih , rehat secukupnya & makanlah lebih sayuran & buahan.Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.


ANTARA KRISIS PEMULIHAN YANG MUNGKIN BERLAKU

LUARAN

MATA

mata merah , gatal > toksin tinggi dijantung, menandakan jantung didalam proses mengawal selia

tahi mata > keasidan tubuh yang tinggi , proses detoksifikasi oleh jantung

menitiskan air mata > beban kerja yang tinggi, emosi tidak stabil.

HIDUNG & TEKAK

selesema,demam > proses detoksifikasi oleh tekak, keasidan yang tinggi dalam tubuh. jika demam tak smebuh teruskan pengambilan supleme & berjumpa dengan doktor.

hidung tersumbat > kadar toksin yang tinggi dipeparu.


RONGGA ORAL

bibir kering & pecah > tahap toksin tinggi dalam perut

ulser mulut > hidup yang stress, detoksifikasi hati.tahap asid tinggi dalam darah.

KAKI DAN TANGAN

sakit sendi > menandakan bekerja terlalu keras @ cedera dibahagian terjejas, kemungkinan simptom gout @ sakit sendi.Tubuh sedang mengawal selia & menyerap nutrien.

kebas pada tapak tangan > peredaran darah yang lemah pada bahagian bawah tubuh.

ibu jari kaki gatal > mengambil terlalu banyak MSG, makanan berkimia dan ubat-ubatan.


DALAMAN


KEPALA
( biasanya simptom dibahagian kepala berkait dgn peredaran darah, jantungsaraf kranial)

pening > mengawal selia anemia @ keadaan tekanan darh tak stabil

teramat pening > menandakan tekanan darah yang serius @ peredaran darah yang lemah

sakit kepala & rasa angin meniup dalam telinga > mengawal selia migrain

KENCING

kerap kencing >  sisa berlebihan dalam ginjal

kencing mengandungi minyak > menandakan sisa lemak berlebihan didlm ginjal

kencing mengandungi darah > batu karang @ ginjal rosak , ambil lebih alfalfa, omega guard & lecithin.


NAJIS

najis berdarah >  najis warna merah : ulser rectum @ hemoroid, @ rectum cedera akibat proses detoks terlalu pantas.Ambil lebih vitamin C , zinc, alfalfa .
najis warna merah : ulser perut, duodenal

cirit birit @ kerap membuang air besar > reaksi detoks normal usus. rasa sakit sedikit apabila toksin berlebihan terkumpul.

sembelit > pengeluaran toksin dari usus kecil.
@ metabolisma terlalu cepat @ kurang bendalir.

kentut > mengawal selia sistem pencernaa, simptom peningkatan bakteria yang mesra.


TUBUH


sakit pada sebahagian tubuh > mengawal selia nadi dan saraf.

kejang dengan tiba-tiba > nadi, saraf dan organ lain sedang mengawal selia.

penat dan malas > tahap keasidan tubuh yang tinggi. mengawal selia sedang berlansung, tubuh perlu rehat untuk pulih. stres dan keresahan yang berpanjangan.

insomnia > jangkamasa kawal selia sel-sel tubuh

selera kuat > tanda jangka pendek sel menjadi lebih sihat dan diaktifkan.

tubuh berasa ringan > penghasilan tenaga dalaman untuk mengekalkan kesihatan.








perkongsian di atas dipetik dari buku ini..

antara krisis pemulihan yang mungkin dirasai oleh anda





saya SID malaysia..jika anda berminat dengan produk shaklee

sila pm saya di :

013-9194486

saya sedia membantu anda dapatkan kesihatan yang baik demi insan - insan yang anda sayang


Ahad, 14 September 2014

RESEPI AIS-KRIM dari dapur mommylovehealthykids




seronoknye laa bershaklee nih...

1 sudu susu mealshakes nie dapat 1 bekas aiskrim..

kalau laa korang - korang semua tahu pasal khasiat  mealshakes nih..

tapi tak ambil peluang sekarang beli 3 canister mealshakes free 1

memang sangat - sangat  RUUUGIII!!!

NAK TRY MEH PM SAYA...

dah laa PROMOSI MEMBELI SAMBIL MENDERMA...

ADUHHH..syook abeess..:)

saya kongsikan resepi aiskrim nie..buat tatapan bloggers semua...




Bahan-bahan:

> 1 1/2 gelas susu full cream. Saya guna low fat je (boleh tambah atau kurangkan ikut kecairan atau kepekatan masing-masing)

> Setengah tin susu pekat manis (boleh kurangkan atau lebihkan, ikut kemanisan masing-masing)

> 1 sudu kecil ovellette

> 1 sudu besar mealshake

> Biskut oreo yang di patah-patahkan, masukkan ke dalam bekas

1 1/2 gelas

boleh gantikan yang ini juga


1/2 tin ( ikut yang korang suke nak manis macam mana )



                                                                             
beberapa keping oreo biskut


1 sudu kecil

1 sudu besar MEALSHAKES
(RESEPI UTAMA )



cara-caranya :

~ Campurkan kesemua bahan (kecuali biskut oreo) ke dalam blender.
~ Blend sehingga gebu gebas.
~ Tuang ke dalam bekas yang ada biskut oreo tadi. Kacau rata.
~ Bekukan di dalam freezer semalaman.
~ SIAP


credit to diyana atan..

mlam nih saya akan update gambar dr dapur saya sendiri tak sabar nih..:)

kalau tak kerja dah lama ku asah bakat yang terpendam nih...

sup to be
mardhiah
013-9194486