SALAM PAGI READERS...
daa nak masuk luch time daa kan...
pada sesiapa yang tengah dok relex kat rumah tuh
jom try this...
Pakar kulit setuju bahawa ramuan semulajadi adalah sangat mujarab untuk kesihatan tubuh dan kulit. Oleh itu, ramuan penjagaan kulit yang dibuat sendiri daripada bahan semulajadi pastinya paling sesuai untuk semua kulit termasuk yang bermasalah.
Buah-buahan, madu, lemon dan oat adalah antara makanan yang sering digunakan untuk membuat masker wajah. Bahan-bahan ini tidak merengsakan kulit, membantu kulit berjerawat dan menggelupas malah turut membantu mengurangkan saiz liang roma.
Rawatan wajah secara semulajadi yang menggunakan air tangan sendiri boleh memberi penjimatan berganda. Bolehlah anda jimatkan duit pergi spa ataupun membeli masker di kedai. Kalau buat di rumah, boleh together-gether dengan suami isteri malah seisi keluarga jugak. Kan dah menyambung silaturrahim gitu..
MASKER STRAWBERRY YOGURT
Bahan-bahan :
6 biji strawberry segar (dilecekkan)
1 sudu makan yogurt asli (tanpa perisa)
Basuh buah strawberry, lecekkan dengan garfu dalam mangkuk hingga hancur.
Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati.
Selepas kedua-dua campuran menjadi adunan kental dan melekit, tepekkan di wajah anda.
Biarkan selama lebih kurang 20 minit, bilas dengan air suam
MASKER TELUR & AVOKADO
Bahan-bahan:
Sebiji telur (putih telur sahaja, kuning goreng dan makan. Jangan membazir ye)
Setengah biji avokado
1 sudu makan perahan limau
Masker ini sesuai untuk anda yang inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering.
Pukul putih telur dalm mangkuk hingga kembang.
Cincang atau lecekkan buah avokado hingga lumat dan lembut
Tuang putih telur, avokado dan perahan limau tadi ke dalam blender
Kisar hingga jadi pes dan tepekkan ke muka anda.
Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air suam
MASKER EMPINGAN OAT
Bahan-bahan:
Sebiji timun
2 sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat
Masker ini untuk bertindak seperti scrub untuk menghapuskan blackhead dan whitehead di muka.
Hiris timun dan kisar
Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat.
Sebaik sahaja campuran ini menjadi pes, oleskan di wajah dan biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air suam. Untuk lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) selepas pemakaian masker ini.

MASKER EPAL
Bahan-bahan:
Sebiji buah epal
3 sudu makan madu
Masker ini sesuai untuk mengecilkan liang roma.
Kupas kuliit epal, hiris dan kisar bersama 3 sudu makan madu sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit.
Bilas wajah dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus
MASKER SODA PENAIK
Masker ini untuk orang yang menderita bintik hitam di muka
Bahan-bahan:
Soda penaik
Air
Pastikan anda guna soda penaik ye, bukan serbuk penaik.
Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan pada wajah. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi ke wajah dan biarkan selama 10 minit.
Bilas dengan air suam.
KREDIT TO: siti nurafida noh
thnx sis :)
oleh kerana saya seorang SID...
saya mempunyai cara tersendiri untuk buat masker khas dr suplemen SHAKLEE..
mama cerry pernah cakap yang kos masker kami lebih kurang tak sampai rm 10...
masker yang berkhasiat , selamat, semulajadi hanya berharga RM 10??!!
anda WAJIB percaya kerana ini adalah FAKTA..
hehe..
ANDA INGIN RASAI SENDIRI bermasker dengan supplemen shaklee??
jom semua hubungi saya sekarang...
013-9194486 ~ MAR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan