Sabtu, 13 September 2014

PROMOSI DERMA ?!

[beli sambil menderma]

10% daripada harga 3 mealshakes ni akan diberikan kepada kanak2 yang memerlukan bantuan.

Ayuh, jika ingin satu atau dua je mealshakes..fikirkan amal jariah ini. So, amik terus 3 tin dan anda dapat tambahan satu lagi dengan RM000. Kerana ia diberi percuma 1 tin extra itu.

Buy 3, FREE 1.
Buy 6, FREE 2.
Buy 9, FREE 3.
Buy 12, FREE 4.
Begitulah seterusnya.

Setiap tin berharga RM113 (harga jual). Tapi disebabkan promo bulan ni, hanya bernilai
Rm xx setiap tin. Dapatkan 1 tin extra dengan RM000 dengan setiap pembelian 3 tin mealshakes.

Kami peduli pasal kesihatan anda dan anak2 anda...

Membeli sambil menderma.

meh pm sy :
013-9194486





membeli sambil menderma

BEBERAPA TIPS MURAH REZEKI

bismillahirrahmanirrahim...

tergerak di hati untuk berkongsi tips yang INSYAALLAH mampu menjadi magnet pada diri anda..:)

 – Mohon Keampunan Dari Allah SWT dan Bertaubat Dari Dosa

Perkara ini teramat utama. Umpama menjadi benih bagi pohon rezeki. Jika kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT, ibaratnya makin subur benih rezeki yang akan tumbuh. Pohonlah keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita. Tidak perlu bertangguh untuk bertaubat.

Memang benar, pintu taubat sentiasa terbuka selagi hari kiamat belum menggegarkan dunia ini namun jangan sampai kita terlewat untuk bertaubat. Elakkan diri kita dari tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh.

Apabila taubat ini sudah menjadi kemestian dalam diri dan hati kita, InsyaAllah pintu rezeki akan mula terbuka satu-persatu. Pintu keberkatan pula akan mula terbuka dengan izin Allah. Mohonlah hanya kepada Allah secara ‘direct’ tidak perlu perantaraan apa-apa. Hanya Allah yang Maha Memakbulkan doa, taubat dan keinginan manusia bukan bomoh, dukun, doktor atau apa jua makhluk lain.

 – Mohon Keampunan Sesama Umat Manusia.

Allah SWT telah pun menjanjikan keampunan kepada setiap hamba-Nya yang bersungguh-sungguh bertaubat. Namun ini masih belum cukup untuk kita sebagai manusia betul-betul bebas dari dosa. Sebabnya ada satu lagi tugas utama yang belum ‘settle’ iaitu mohon keampunan sesama manusia.

Allah SWT Maha Pengampun sudi memaafkan dosa-dosa hambaNya namun dosa kita sesama manusia hanya manusia itu sendiri yang dapat mengampunkannya. Kita WAJIB memohon keampunan sesama manusia dengan teliti, sebut satu persatu dosa yang kita telah lakukan dan kemudian mohon keampunan mereka.

Contoh dosa sesama manusia termasuklah antaranya mengumpat, mengutuk, hasad dengki, mencuri, merompak dan lain-lain. Ini sesuai Hamka kaitkan dengan Hadis Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya “Dosa mengumpat lebih berat dari dosa zina” (betulkan jika Hamka tersilap).

Dosa penzina hanya Allah SWT yang mengampunkannya kerana dosa ini berkaitan manusia dengan Penciptanya namun dosa mengumpat hanya dapat diampunkan oleh orang yang diumpat. Bayangkan sabda ini “Lidah lebih tajam daripada pisau” dan “Dosa mengumpat umpama memakan daging saudara sendiri”.

Maka, ini merupakan kunci kedua yang utama untuk menyuburkan lagi pohon rezeki yang telah kita tanam pada kunci #1 di atas.