Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma.
Perkataan eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah. Eczema yang teruk memang kelihatan hodoh dan menjijikkan.
Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).
Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal. Jangan risau, eczema tidak berjangkit kepada orang lain, tidak seperti penyakit kulit lain yang disebabkan oleh bakteria atau fungus (i.e. kurap, panau)
http://sitik.wordpress.com/2011/03/06/mengenal-eczema/
( ini adalah cadangan anda boleh refer balik pd upline untuk info/pertanyaan)
(set untuk kanak-kanak)