Rabu, 15 Oktober 2014

RESEPI NASI ARAB ( air tangan mak kite )

assalamualaikum semua...

pagi ni saya nak share pasal resepi nasi arab

resepi dari ummi tersayang,tak tahulah dia copy paste dari mana

yang pasti nasi arab die 

mendapat tempahan di pejabat abah..di kelas mengaji kiteorang... :)

dan YANG PALIING PALING tak lupa

nasi nie my fevret...

yeehaa!!!

alkisahnya saya disuruh oleh ibu tersayang untuk menulis resepi untuk diletakkan 
di dalam bekas..
umi saya jual bukn yang dah siap masak yee..yang belom siap..
dalam 1 bekas nie ada resepi,rempah bagai and tak lupe 
beras panjang...



okay back to resepi...
cop jap

gambar sebenar kemudian saya update yee...
tak ambil gambar pon time die memasak nasi nie...


okay jom layan....



BAHAN NASI ARAB

NASI  :

beras panjang,
rempah kasar,daun bay
2 ulas b/putih ( hiris nipis )
1/2" halia ( ketuk )
1 labu b/besar ( potong dadu )
2 sudu besar sos tomato
1 sudu rempah
sedikit lobak merah ( potong dadu )
sedikit kismis hitam
sedikit safron/pewarna
sedikit inyak zaiton
700ml air rebusan daging

CARA  :

basuh & toskan beras
tumis rempah kasar,daun bay dengan minyak zaitun
masukkan b/besar,halia,sos tomato & rempah
kacau sebati,masukkan beras & goreng sekejap
masukkan air rebusan  daging & garam
bila kering,masukkan lobak merah , kismis, & safron/pewarna


LAUK NASI ARAB

DAGING :
1/2 kg daging
rebus bersama 1 sudu rempah & sehelai daun bay
simpan air rebusan untuk masak nasi & sedikit sos harra
daging boleh dibakar/dimasakkan di dalam nasi
= untk bakar boleh campukan sedikit serbuk kunyit & garam


AYAM :
1/2 ekor ayam
gaulkan ayam dengan serbuk kunyit,garam
serbuk cili,1 sudu rempah
1 sudu ( b/putih + b/besar + halia yang diblend )
sedikit kicap manis
ayam boleh digoreng/dibakar



KUAH SUP

Tumiskan sedikit rempah kasar,b/putih,b/besar
masukkan air rebusan,masukkan lobak merah&
ubi kentang yang dipotong dadu


SOS SALATA HARRA


2 biji tomato buah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 tangkai daun ketumbar
1 biji lemon/limau nipis
garam & gula secukup rasa
air rebusan daging
blend semuanya


TOMATO SALSA


1 biji tomato buah
1 labu bawang besar
1 biji timun batang
1 biji perahan lemon/limau nipis/
kasturi/mayonis
2-3 biji cili padi (hiris nipis )
garam & gula
gaulkan kesemuanya...


okay ... siap..

selamat mencuba...

jika anda semua inginkan info/ingin membuat belian produk shaklee/
ingin kan saya sebagai sponsor anda ...

sila hubungi saya di :
013-9194486
MAR



Tiada ulasan: