Rabu, 12 November 2014

KISAH SEORANG SAHABAT

Sahabat ini bernama Sa'labah  bin Abdul Rahman bin Al - Ansori , dan dia diamanahkan

membuat satu kerja oleh Nabi S.A.W.

Ketika dalam tugasan itu , dia ternampak aurat seorang wanita yang sedang mandi.Dia melihatnya 

sehingga 3 kali kerana kuatnya tarikan maksiat itu.

Dia kemudian tersedar , beristigfar dan berasa sangat malu kepada Allah . Dia menjadi 

sangat risau kerana dia adalah orang yang rapat dengan Nabi S.A.W , dan dia malu jika ada wahyu

diturunkan menceritakan kesalahnnya kepada Nabi S.A.W.

Lalu , diapun melarikan diri bersembunyi ke pergunungan sehingga Nabi S.A.W pun

tercari - cari.Setelah hampir 40 hari , Nabi SAW  mengarahkan sahabat 

'umar dan salman , pergi mencarinya, dan diriwayatkan bahawa 

Jibril datang kepada Nabi dan berkata

"Ada seorang daripada kamu yang bersembunyi di pergunungan dan meminta keampunan

daripada Allah dan takut kepada  api neraka ". Dikatakan 

bahawa Sa'labah berdoa dengan mengangkat kedua - dua tangannya

dan meminta Allah mematikannya dalam keadaan bertaubat, 

dan agar dia dilindungi daripada tidak berpakaian di akhirat nanti 

kerana dosanya melihat wanita tidak berpakaian.

Umar dan Salman menemui Sa'labah , tetapi dia  keberatan  bertemu Rasulullah

SAW  dan berharap agar kembali ketika Nabi SAW sedang menunaikan solat.

Permintaannya itui dikabulkan , dan mereka sampai ketika Nabi SAW 

mengerjakan solat sunat Dhuha .Maka mereka pun menunggu sehingga 

Nabi SAW selesai solat.Setelah selesai , 

Nabi SAW pun melihat Sa'labah dan bertanya apa yang berlaku.

Dalam keadaan malu , Sa'labah menceritakan apa yang berlaku.

Kemudian , Nabi SAW berkata " kamu nak tak aku ajarkan satu doa yang dapat memadam 

dosa - dosa dan kesilapan yang lalu?"


Setelah mendengar doa itu , Sa'labah berkata ,

"Tetapi dosaku sungguh besar "

Nabi SAW pu berkata , " ayat ALLAH lebih besar"

Sa'labah pun balik dan mengamalkan doa itu, tetapi hatinya remuk dan masih tidak 

berasa tenang dengan dosa yang telah dilakukannya itu.

Dia menangis siang dan  malam  sehinggalah jatuh sakit.

Setelah 8 hari sakit,sahabat memberitahu kepada Rasulullah SAW 

dan mereka pun pergi melawat Sa'labah .

Ketika melawatnya , Rasulullah SAW meletakkan kepala Sa'labah 

ke atas ribanya, tetapi Sa'labah mengangkat dan mengalihkan

kepalanya.Nabi SAW pun bertanya " kenapa kamu mengalihkan kepalamu dari ribaanku?'

Jawab Sa'labah " kerana aku terlampau berdosa".

Kemudian Nabi SAW bertanya lagi , 

"Apakah yang kamu inginkan ?"

Jawabnya , " Aku hanya inginkan keampunan daripada Allah SWT"

Selepas itu , Jibrilpun turun  memaklumkan kepada Nabi SAW bahawa Allah berkata

" Sekiranya dia ini datang kepada - KU dengan dosa yang sebesar bumi sekalipun , maka Aku

akan memberi sebesar bumi juga keampunan-Ku"

Perkara ini pun diberitahu kepada Sa'labah dan ketika itu juga dia pun nazak

dan meninggal dunia . ketika menghantar jenazahnya ke kubur,

sahabat melihat Nabi SAW berjalan bertinjit - tinjit (berjalan dengan 

hujung jari kaki dengan berhati - hati seolah - olah tidak ingin melanggar sesuatu )

Lalu ditanya oleh sahabat mengapa Nabi SAW berjalan sebegitu rupa .

Baginda pun menjawab " Kerana terlalu ramainya malaikat yang bersama - sama 

tadi, lalu aku takut terpijak kepak - kepak dan sayap mereka "


Hari ini jauh bezanya umat Muhammad ..

Berapa ramai yang melanggar hukum Allah tanpa rasa takut..

Taubatlah!!

selagi diberi kesempatan

peringatan ini  untuk dirimu dan juga diriku 

Wallahua'lam




Tiada ulasan: