assalamulalaikum readers..
hari nie nk kongsikan bersama kengkawan semua
pasal sedekah
kisah ini telah dikongsikan oleh salah seorang teman dari grup whatsapp shaklee
" Bukan mudah mendidik ank - anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja.
Bila sudah menjadi buluh , tersilap cara , bimbang kian ' patah riuk ' jadinya.
Bila melihat ramai muda - mudi sekarang yang rosak akhlaknya , kita yang ada anak kecil
ini pun cemas juga ...Andainya sudah tersalah didik , masa bukannya boleh berpatah balik
Sebab itu , setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya
mendidik anak mereka dengan baik , saya akan cuba menadah rahsianya.
Memang lain orang , lain pula pendekatan mereka.Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang
bapa yang sangat saya hormati ilmunya dan keperibadiannya.
Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ' tidak terlupa ' mengamalkan nasihatnya , maka saya cuba
kongsikan. Kata orang , makin dekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan.
Jadi , seperti biasa , sama - samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata sibapa , ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali
selepas solat , dia akan sedekahkan al - fatihah buat anak - anaknya.
Amalan itu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika
mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah , ramai yang malas sedekahkan
al - fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa
sebak lalu menangis teresak - esak.
Sejak itu , amalan menyedekahkan bacaan al p fatihah mula menjadi tabiatnya.
Usai solat , itulah ikhtiarnya.Disedekahkan al - fatihah untuk Rasulullah , kedua arwah ibu
bapanya , isteri kesayangannya dan juga anak - anak permata hatinya juga.
Barangkali berkat amalan mudah itu , dia hidup tenang & berjaya .
Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat - sahabat ku yang baik ,
Cuma sedekahkan al - fatihah !!
MUdah sahaja kan?!
Beberapa minit sangat masa yang diperlukan?
Tapi perkara yang mudah , tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah.
Perkara yang semudah ini pun kadang - kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al - fatihah sebagai wirid selepas solat.
Namun selepas ini , jangan lupa niatkannya sebagai sedekah.
Sebut satu persatu nama penerimanya.
Secara automatiknya dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda - ganda.
Sudah dapat pahala membancanya, dapat pula pahala bersedekah & mendoakan
kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang ketika ini , jom kita cuba buat perkara - perkara yang mudah yang disukai Allah.
Jangan lupa setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti
akan kembali pula kepada kita ..
Subhanallah "
jom sama - sama kita beramal secara istiqamah sedekahkan al - fatihah untuk
semua yang terdekat dengan kita termasuklan Baginda Rasulullah dan para sahabatnya..
Jangan lupa untuk diri sendiri sekali
feel free to share :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan