Isnin, 14 Julai 2014

MAKANAN ROHANI

ASSALAMUALAIKUM WBT...

pg tadi tadi dlm pukul 4.05 mnt pg bangun untuk sahur tgk tingkap rumah di buka orang
ALLAHUAKBAR...rumah aku dimasuki pencuri...takut usah cerita cepat kejutkan en suami...handset hilang...duit semua abis...sedih tak tahu nak fikir apa...

dalam pukul 8 lebih g hntar auni bg no hanset tok umi takut ada emergency case tak de no fon selain no fon abah...cerita kat cg yang rumah kene pecah...terkejut sambil cg pulak cerita yang dlm pukul 8 depan taska pun ade orang nak pecah kereta tapi sempat orang perasan...

YA ALLAH apa nak jadi dengan bangsa melayu nih...lagi bertambah perasaan takut...rasa tak selamat.
terpaksa MC hr nih...tak boleh nak buat kerja...

selepas dah boleh cover skit perasaan nih...dah boleh fikir dengan tenang aku sendiri dah faham kenapa allah bg PERINGATAN nih...sebelum nie setiap bg sentiasa bc al-mathurat tapi kerana fikiran dok kalut ingat kat baju nak dijahit...lupa nk bc baru 2 or 3 hr tak bc...sb ALLAH sayang ALLAH bg musibah supaya hamba yang mudah lupa ni ingat balik apa yang kebiasaan yang dilakukan tapi kerana sibuk tak buat...
ALLAHUAKBAR...

kenapa penting ma'thurat??
dalam tue ada pelbagai doa,tentang jauh dr kefakiran,sihat tubuh badan...dan pelbagai doa...


sedikit perkongsian tentang al-mathurat

Zikir mengingati Allah sebenarnya perlu dilakukan pada setiap ketika, termasuklah di dalam perkara yang biasanya dianggap sebagai perkara duniawi. Seni mengaitkan amalan dunia yang dilihat tiada kaitan dengan ritual keagamaan, dengan mengingati Allah, adalah suatu seni yang perlu digilap oleh pendokong Islam.

2. Beliau juga memperingatkan kepada ahli Ikhwan mengenai fadhilat zikir. Yang paling utama menurut beliau, ialah dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita, seterusnya membawa kepada nusrah dan ketenangan di dalam menggalas amanah dakwah.

3. Adab berzikir turut ditekankan oleh beliau. Adab paling penting ialah menghadirkan kemanisan hati semasa berzikir, dengan memberikan fokus dan memikir falsafah pengertian zikir yang dilafaz lisan. Beliau turut menyatakan keutamaan merendahkan suara di dalam berzikir, dan juga menjaga kebersihan pakaian serta tempat ketika berzikir.

4. Di dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan ahli Ikhwan supaya membaca al-Ma’thurat secara berjemaah atau beramai-ramai, dengan syarat tidak menganggu orang lain yang sedang bersembahyang atau mengerjakan urusan yang lain. Semasa di Mesir, selalu juga saya menghadiri majlis zikir al-Ma’thurat anjuran Ikhwan di beberapa surau perkumpulan mereka. Akan tetapi sekiranya ada rakan mereka yang lewat masuk ke surau kemudian menunaikan solat, mereka secara automatik akan merendahkan suara. Menurut al-Banna, kelebihan berzikir secara berkumpulan ini disentuh di dalam sepotong hadith riwayat Muslim:

لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ، ونزلت عليهم السكينة ، وذكرهم الله فيمن عنده

Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.

Ada beberapa perkara yang barangkali ingin saya tambah di sini berkaitan dengan isu zikir dan al-Ma’thurat.

1. Setiap manusia mempunyai selera yang berbeza, baik selera fizikal seperti makan minum berpakaian, mahu pun selera rohani. Ada sesetengah orang, rohaninya lebih berselera dengan banyak menunaikan solat sunat. Ada setengah orang dengan banyak berzikir. Ada sesetengah orang suka berzikir dengan ayat al-Quran. Sesetengah yang lain berzikir dengan wirid-wirid yang diajar oleh nabi, sahabat, atau oleh tok guru mereka. Justeru, carilah selera rohani kita. Secara peribadi, selera rohani saya ialah al-Ma’thurat, dan saya akan didik anak-anak dan keluarga saya mempunyai selera rohani yang sama. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ ayat 84:

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلاً

Katakanlah (wahai Muhammad) setiap orang beramal mengikut pembawaan jiwanya sendiri. Maka Tuhan lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya.

2. Kenapa al-Ma’thurat? Jawapan mudah dan ringkasnya ialah kerana al-Ma’thurat menghimpunkan wirid di dalam al-Quran dan juga di dalam hadith sohih semata-mata. Maksudnya, al-Ma’thurat ialah himpunan doa ma’thur yang diajar oleh Allah dan Nabi. Ayat al-Quran, walaupun kita membacanya tanpa mengetahui maknanya, akan terus mendapat pahala.

3. Bagaimana pula dengan wirid atau hizib atau segala juga istilah zikir yang diajar oleh tok-tok guru tertentu selepas kewafatan nabi? Bagi saya tiada masalah untuk mempunyai disiplin amalan yang dicadangkan oleh tok-tok guru tertentu, dengan syarat ialah tidak bercangah dengan syara’, tidak mempunyai elemen syirik, mempunyai makna yang baik serta pengamalnya faham falsafah pengertian zikir tersebut. Akan tetapi sekiranya dibandingkan antara zikir yang diajar oleh Allah dan Rasulnya, berbanding zikir yang diajar oleh manusia lain, sudah tentu menjadi keutamaan kita mengikuti zikir anjuran Allah dan Rasul. Dan inilah kelebihan al-Ma’thurat.

http://abidfana.com/tag/kelebihan-al-mathurat/


semoga menjadi tauladan untuk semua saya menulis bukan untuk menunjuk semoga penulisan memberikan sedikit pencerahan kepada semua

yang buruk datang dr sy semata-mata & yang baik semua nya datang dr allah pencipta sekalian alam

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.madcatworld.alMathurat&hl=en

Tiada ulasan: