yang epal hijau mempunyai pelbagai khasiat dan dalam sebiji epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut.
makan epal hijau bersama kulit sangat digalakkan kerana terdapat sebahagian vitamin C dibawah kulit epal tersebut.
sebaiknya rendam dahulu epal tersebut ayau boleh dibasuh dengan BASIC H shaklee.
EPAL HIJAU MAMPU MEMBANTU MENCEGAH
* Pembentukan kolesterol dalam dinding salur darah
* Mengurangkan risiko penyakit jantung
* Membantu kesihatan paru-paru
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
* Membantu mengekalkan berat badan
* Mengurangkan tekanan penyakit asma
* Mengurangkan risiko barah
jika anda mempunyai masalah pembuangan seperti sembelit boleh kisarkan epal hijau bersama saderi & minum setiap pagi sebelum sarapan . Ia dapat membantu membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas melalui sistem pencernaan. Zat dalam epal hijau yang masam merupakan ejen pembersih sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
jika anda ingin menurunkan berat badan boleh amalkan makan sebiji epal hijau sehari kerana ia mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda..
2 ulasan:
as salam cahayacinta
suka epel hijau mula makan tak suka sebab masam lama jadi serasi pula
as salam cahayacinta
epal menu terbaik dalam diet seorang mahu kuruskan berat badan
Catat Ulasan