Sabtu, 13 September 2014

BEBERAPA TIPS MURAH REZEKI

bismillahirrahmanirrahim...

tergerak di hati untuk berkongsi tips yang INSYAALLAH mampu menjadi magnet pada diri anda..:)

 – Mohon Keampunan Dari Allah SWT dan Bertaubat Dari Dosa

Perkara ini teramat utama. Umpama menjadi benih bagi pohon rezeki. Jika kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT, ibaratnya makin subur benih rezeki yang akan tumbuh. Pohonlah keampunan dari Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan kita. Tidak perlu bertangguh untuk bertaubat.

Memang benar, pintu taubat sentiasa terbuka selagi hari kiamat belum menggegarkan dunia ini namun jangan sampai kita terlewat untuk bertaubat. Elakkan diri kita dari tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Allah SWT pasti akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh.

Apabila taubat ini sudah menjadi kemestian dalam diri dan hati kita, InsyaAllah pintu rezeki akan mula terbuka satu-persatu. Pintu keberkatan pula akan mula terbuka dengan izin Allah. Mohonlah hanya kepada Allah secara ‘direct’ tidak perlu perantaraan apa-apa. Hanya Allah yang Maha Memakbulkan doa, taubat dan keinginan manusia bukan bomoh, dukun, doktor atau apa jua makhluk lain.

 – Mohon Keampunan Sesama Umat Manusia.

Allah SWT telah pun menjanjikan keampunan kepada setiap hamba-Nya yang bersungguh-sungguh bertaubat. Namun ini masih belum cukup untuk kita sebagai manusia betul-betul bebas dari dosa. Sebabnya ada satu lagi tugas utama yang belum ‘settle’ iaitu mohon keampunan sesama manusia.

Allah SWT Maha Pengampun sudi memaafkan dosa-dosa hambaNya namun dosa kita sesama manusia hanya manusia itu sendiri yang dapat mengampunkannya. Kita WAJIB memohon keampunan sesama manusia dengan teliti, sebut satu persatu dosa yang kita telah lakukan dan kemudian mohon keampunan mereka.

Contoh dosa sesama manusia termasuklah antaranya mengumpat, mengutuk, hasad dengki, mencuri, merompak dan lain-lain. Ini sesuai Hamka kaitkan dengan Hadis Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya “Dosa mengumpat lebih berat dari dosa zina” (betulkan jika Hamka tersilap).

Dosa penzina hanya Allah SWT yang mengampunkannya kerana dosa ini berkaitan manusia dengan Penciptanya namun dosa mengumpat hanya dapat diampunkan oleh orang yang diumpat. Bayangkan sabda ini “Lidah lebih tajam daripada pisau” dan “Dosa mengumpat umpama memakan daging saudara sendiri”.

Maka, ini merupakan kunci kedua yang utama untuk menyuburkan lagi pohon rezeki yang telah kita tanam pada kunci #1 di atas.


 – Mohon Keampunan dan Doa Ibu Bapa

Kunci ketiga ini tak kurang juga pentingnya. Ramai orang terlepas pandang perkara ini. Pernah tak saudara saudari para pembaca mendengar “Syurga Itu Dibawah Tapak Kaki Ibu” dan frasa “Hidup Seorang Anak Tidak Akan Tenang Selagi Ada Terguris Hati Ibu Bapa Walaupun Sekelumit”.
Hamka bagi contoh diri Hamka sendiri. Suatu masa Hamka termenung memikirkan nasib hidup Hamka. Kadang-kadang itu lepas satu, satu musibah lagi datang. Hamka terdetik di hati dan terfikir satu perkara ini, mungkin ada sedikit walaupun 1% dalam hati ibu dan bapa Hamka pernah rasa terguris, dan mungkin Hamka terlepas pandang atau tidak sengaja meninggikan suara kepada mereka.

Ya, memang benar setiap pagi Hari Raya, kita mohon kemaafan kepada mereka tapi bayangkan perbuatan atau perlakuan kita sepanjang tahun? Mana mungkin hanya sekali itu memohon maaf akan benar-benar terampun? Setuju atau tidak dengan pendapat Hamka?
Hendak dijadikan cerita, Hamka pun susunaturkan pertemuan hati ke hati antara semua adik-beradik dan kedua ibu bapa kami. Kami luahkan segala apa yang terbuku di hati dan mohon keampunan mereka sebenar-benar bersih keampunan.
Alhamdulillah hasilnya sejak hari ‘keramat’ itu, rezeki kami adik beradik seperti bunga wangi yang mula mekar menguntum. Kehidupan seluruh keluarga kami pula makin ceria, harmoni, dan bahagia. Apa kata saudara saudari cuba kaedah ini untuk meluaskan lagi bukaan pintu rezeki.

 – Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadis Rasulullah SAW antara amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Antara amalan lain yang Baginda Rasulullah SAW galakkan umat Islam mengamalkannya termasuk juga solat sunat witir sebelum tidur, menjaga wuduk dan berpuasa 3 hari dalam setiap bulan.

Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri. Gelombang warna pada waktu Dhuha adalah dalam mod warna kuning iaitu berkait rapat dengan rezeki dan kebolehan komunikasi seseorang.
Individu yang sentiasa mengamalkan Solat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan menjadi ‘magnet rezeki’. Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
                                 
                                                jom..amalkan dhuha..:)





doa yang biasa diamalkan



Menjaga Amal Makruf, Solat 5 Waktu dan Banyakkan Berzikir

Seperti yang umum sedia maklum, zikir mendekatkan lagi kita pada Allah SWT. Allah SWT amat menyayangi HambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Allah SWT menjanjikan bantuan dan pertolongan buat para hamba-Nya yang sentiasa menunaikan solat, bersabar dengan segala ujian-Nya dan yang sentiasa mengingati-Nya walaupun dalam keadaan susah mahupun senang.

 – Banyakkan Bersedekah

Tips keenam ini mungkin ada individu yang tidak bersetuju dengan pendapat Hamka. Tapi percayalah semakin banyak kita bersedekah semakin Allah permurahkan rezeki. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri dimana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima sehari-harian.

Maka jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan). Lagipun belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah, setuju atau tidak? Tapi muflis sebab kedekut Hamka pasti ramai.

Peganglah prinsip bersedekah umpama kita menabung untuk saham kita diakhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama.

Peganglah prinsip ‘tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima’.

 – Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa

Berdoa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan, usaha haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakkal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
i)                    Doa orang yang teraniaya
ii)                   Doa selepas solat 5 waktu
iii)                 Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
iv)                 Doa waktu solat dhuha
v)                  Doa diwaktu berjemaah
vi)                 Doa seorang ibu
vii)               Doa ketika sedang sujud

Dan ada lagi waktu-waktu lain yang Hamka tidak nyatakan disini. Maka, gunalah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini sebaik-baiknya. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati, InsyaAllah.

AMIIN...

semoga sharing ini mampu memberikan anda sedikit panduan dalam kehidupan seharian kita...
yang baik hanyalah dari Allah & yang buruk semestinya dari saya insan yang lemah dan hina,



amalkan zikir...


sup  shaklee to be
~ mardhiah ~
013-9194486

credit to : motivasisantai.com

2 ulasan:

Unknown berkata...

Mohon Keampunan Dari Allah SWT dan Bertaubat Dari Dosa adalah yang harus pertama kali kita kerjakan sebelum langkah selanjutnya, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik sekali,

obatasmatr.wordpress.com/

Unknown berkata...

artikel yang menarik sekali, terima kasih sudah barbagi