Rabu, 20 Ogos 2014

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL-QURAN

bismillahirrahmanirrahim...
saya masih lagi sedang mencari idea untuk penulisan yang akan datang...hari ini saya akan kongsikan satu artikel yang di share oleh kawan saya.,..

LELAKI TUA BACA AL-QURAN DARI  LEPAS  ASAR SAMPAI MAGHRIB


saya jumpa lelaki tua ini.....
selalu lepas asar , dia iktikaf di masjid..
baca al-quran..
umur dalam 70an..

duduk rumah dekat masjid..
rumah agam besar & menarik..
hartanya disan sini..
ada bangunan komersil tengah bandar..
bernilai dalam 35juta..

pendapatan pasif kutip sewa dalam 70k
sebulan..
belanja dalam 20k & baki 50 k , 
dia sedekah & infaq..
dia tenang bersendirian melayan cucu..

saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
katanya malu..
saya minta 1 formula,dia berikan 10

SAYA CATATKAN & MAHU KONGSIKAN.. 

1) dia kata dia muliakan ibubapa..
doa ibubapa adalah segalanya 
ia tiada hijab,terus makbul
raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia
doakan mereka apabila mereka telah tiada

2) jaga masa..
ia datang & berakhir
urus masa antara 5 waktu solat
atur kerja dgn sebaik cara ..
pada setiap waktu ,ada perkara yang kita mulakan..
berada di masjid, sebelum azan
masuk waktu teruslah solat..selepas  solat,
bertebaranlah berusaha cari rezeki..

3) berdoa dengan khusyuk..
berserah pada allah & bertawakkallah 
allah tahu apa yang terbaik untuk kita 
4) namun begitu kenalah usaha
usaha pagi petang siang & malam
usahalah bersungguh2..
usaha bermula dengan niat..
lepas itu buat,smpai dapat
kalau tak dapat usaha yang lain pula..
adakan masa untuk baca al-quran..
maka diapun nasihatkan saya..
"orang yang membca surah al-ikhlas 1x,sama ganjarannya dgn memperolehi 
ganjaran membaca 1/3 al-quran..
al-ikhlas 3x ,mendapat ganjran seperti membaca
1 naskah al-quran..
lelaki tua itu berkata,mulut dia tidak berhenti 
baca surah al - ikhlas ..
kadang2  sampai 1000x sehari

5) jaga kesihatan..
         banyakkan berjalan kaki..
banyakkan minum air masak / air minerel..
jaga pemakanan..

6) hidup kena buat target & kena ada 
wawasan..
ikat perut& usah membazir..
makanan & minuman mestilah
dihabiskan..
usah berlagak orang kaya , padahal kita teman pada 
syaitan..
sentiasalah belanja org makan & minum..
apabila mkn di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan
kedai itu..
apabila bersih masuk
disitu kita akan temui ramai orang susah..
belanja mereka makan & minum..

7) bila waktu maghrib,usah berada diatas jalan..
apabila dlm perjalanan,berhenti..
carilah masjid..
apabila dirumah,tutup pintu rapat2..
malam , buang sampah sarap
basuh pinggan mangkuk,
pastikan semua teratur sebelum tidur..
gunakan antara maghrib & isyak 
untuk tuntut ilmu agama..
boleh dengar orang mengajar..
boleh juga baca kitab..
lepas isyak, buat kira2 untung & rugi
siapkan bahan untuk kerja esok hari..

8) usah takut jumpa orang..
walaupun 5 minit mahu berjumpa,pergila sendiri..
usah pakai posmen apabila depani soal penting..
biar kita merangkak panjat bangunan..
biarlah kita ambil masa berhari-hari
perjalanan..
yang penting,sampaikan dengan tangan sendiri

9) balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih..
usah cakap sakit..
apabila sakit,senyum..
Allah sedang luruhkan dosa..
lepas sakit,kita akn lagi bertenaga..
siapakah dlm dunia ni yang tidak
pernah rasa sakit,jatuh & dihina..
semua pernah,termasuklah rasulullah saw,
namun baginda ajar kita untuk maafkan semua orang..

10) niatkan mahu kaya..
niatkan mahu bantu ramai orang..
niat mahu jadi manusia berguna..
niat itu macam tulis surat..
dulu tiada internet ,macam tulis suratlah..
salah tulis alamat,akan sampai salah tempatlah
surat itu..maka tulis alamat betul2



  

salam kasih sayang 
SUP SHAKLEE TO BE
mardhiah
013-9194486

Tiada ulasan: