Ahad, 10 Ogos 2014

PERKONGSIAN DARI KAK SHIDAH (mommy shakleeku)

[amanat dari PM CERY ttg pengorbanan] 



"..Sejauh mana anda faham dengan kata2 hikmah 'SHARE MORE'...'GIVE MORE'.."..
----------------------
Saya percaya kita semua tahu dah kata2 hikmah ni
'the more u share the more u gain'..
'the more u give , the more u get.'
lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat....

Bila dengar leader or orang yg dah berjaya sebut rahsia tu.. semua angguk2.. semua setuju.. TAPI SOALAN SAYA..Faham ke maksud SHARE dan GIVE tuberapa ramai yang benar2 FAHAM apa maksud kata2 hikmah tu...Malam yang penuh magika ni saya nak kupas...
Mari kita muhasabah, banyak mana kita dah BERI dan KONGSI....
Kadang kita rasa kita dah BERI banyak, tapi kenapa tak dapat2 gak balik balasan.. adakah kata2 hikmah tu sekadar mitos atau tipu?..
Sebenarnya kalau nak rasakan KEAJAIBAN dan dapat balik lebih dari apa yg DIBERI DAN DIKONGSI adalah dengan memBERI dan berKONGSI sesuatu yang saaaaaangattt kita saaaaaayangggg .....

Saya beri contoh yer... 
BERI/KONGSI disini boleh jadi dari segi DUIT,MASA,EMOSI,TENAGA,ILMU,MAKANAN,MINUMAN,

Okey macam ni..
Ada orang dia senang nak beri DUIT, takde masalah, macam air je dia kuarkan duit dia ..cthnya bonus dia rm500... 30% dia gunakan sedekah ke orang susah,etc.. (30% dalam RM150)... tapi cabaran dia adalah dia SAAAAAYANGGGG dgn MASA dia.. maksud saya biasa 10jam sehari dia guna untuk berehat.. dia SAAAYANGGG nak BERI/KONGSI MASA DIA ni untuk bisnes or utk Tuhan.. maybe dia solat asas je... or liat nak tahajud,dhuha,..liat nak BERI masa untuk baca buku ke, ngaji ke...
Ada orang pulak maybe senang nak BERI MASA... masa habis untuk baca buku, spent time dgn bisnes, ngaji,tahajud... tapi maybe saaayangggg nak BERI benda lain.. cth BERI/KONGSI ILMU.. dlm hati fikir bukan2.. sayang ILMU tu mcm dia yang punya.... berkira nak kongsi kat fb kat blog.. berkira...

Ada orang pulak maybe senang nak BERI DUIT dan MASA.. tapi maybe dia liat nak BERI benda lain yg dia saaayanggg sangattt.....
Ada orang pulak maybe senang nak beri makan,minum,tenaga, tapi liattt nak beri senyuman ..sayaanngg betul nak senyum...simpannnn.. haaa cuba paksa diri untuk senyum..time post fb senyum,jumpe customer senyum,mandi pun try senyum ok...senyum ikhlas dari hati., bukan sengih kambing...hihihi

Pendek kata macam ni.. ada orang boleh infaq RM banyak, tapi payah nak bangun tgh malam untuk tahajud, Ada yang boleh zikir beribu tapi payah nak tafakur lama lepas solat,.. dan macam2 contoh lain yang anda boleh fikir.....
DAN KALAU ANDA SEMUA NAK TAHU, kalau nak rasa kejaiban dapat berlipatganda adalah dengan MEMBERI DAN BERKONGSI sesuatu yang andaaa saayanggg.. Barulah namanya pengorbanan.....
Saya harap semua faham apa yang saya nak sampaikan.. Mari kita muhasabah.. kenapa dah sekian lama, kita rasa kita dah BERI BANYAKKKK, tapi kenapa tak dapat lagi rasa PULANGAN berlipat ganda...Adakah kita dah BERI SESUATU yang kita saaangattt saaayanggg...

Sebab tu bila saya selalu perli jgn tido,kurangkan tgk TV.. itu maksudnya nak suruh anda BERI/KONGSI apa yang andaaaa saaangat saaayangg....saaayang tv tu kan,, bak sini bagi saya TV tu..hihi
Tak semua orang saaayangg dgn tido atau TV.. jadi check balik apa yang anda saayanggg.. Ada yang saaaayanggg sangat dgn MASA. berkira atau LIAT nak luangkan masa utk Allah, utk bisnes, utk diri sendiri... haa yang itu yang anda kena BELAJAR untuk BERI..

Pertama sekali anda kena AKUI apa yang anda sayang, takyah beritahu sini, memadai beritahu kat diri sendiri.. let say anda saaaaayanggg dgn bonus anda.. CONTOH anda dapat RM1000.. anda saaayangg sgt sbb tu usaha anda.. apa kata CABAR diri amik 50% pastu sedekah kat orang yg memerlukan (kaumkerabat,adikbradik,parents, keluarga,anakyatim,palestin,etc).. memang rasa sakit sbb kita SAAYANGG.. betul tak.. Jangan nafikan. Siapa2 pun manusia biasa akan RASA SAKIT nak beri SESUATU yang diri sendiri sayang... betul tak. tapi bila anda beri yang anda SAYANG.. haaa barulah rasa PULANGANNYA.. Allah MAHA KAYA.. DIA tak menginginkan semua yang anda sayang tu.. sbb semua tu memang milik Allah pun... kita sebenarnya yg diuji, yang memerlukan Allah.. Allah tu MAHA PENYAYANG..kita beri apa yang kita sayang, Allah gantikan balik dengan sesuatu yang lebih manis..InsyaAllah
Sebab tu anda kena tanya diri anda apa yang anda SAAYANG...biasanya yang orang tak perasan adalah MASA.. RAMAI sangat yang SAAAAYANGGG dgn MASA.. seolah2 MASA tu milik diri sendiri.. Contohnya, masa rehat siang 3jam...time tu main2 dgn anak,baca novel ,buku.. apa kata BERI MASA tu kat orang lain... Saya bukan suruh abaikan anak.. tapi apa kata test amik 2jam dan bagi kat BISNES(bisnes ni maksudnya bagi kat customer,kat downline,kat organisasi)... Rasa sakit kan.. yelah biasanya weekend 8jam rehat spent dgn famili tp kena BERI kat orang lain... or masa tidur guna untuk tahajud, tafakur dgn Allah,mengaji sehari 1 juz, zikir..... Rasa penat sakit ...tapi cubalah
Dalam ISLAM pun ,kalau nak berkorban, kena korban binatang yang sihat dan molek.. betul tak. bukan yang sakit... Haa macam tu lah..
Cuba fikir, kalau sesuatu yang kita rasa tak penting or tak sayang, senang kita nak beri.. tapi yang kita sayang tu lah sebenarnya UJIAN untuk kita..Ada berani beri 50% bonus untuk infaq bulan ni?...hihih.
Macam saya sekarang ni.. saya beri 30minit MASA saya ni untuk menulis pasal ni.. sayangg wooo 30minit ni baik saya tido... tapi lawan rasa sayang tu. nak bisnes kena BERKORBAN....

Saya harap semua faham dengan apa yang saya nak sampaikan...Panjang sangat pulak tulis,membuak2 dari hati ni..hihihi
Sejujurnya, saya sayang anda semua..Saya nak lihat semua berjaya dalam bisnes online bersama Shaklee......Kalau betul anda nak berjaya dalam bisnes ni, nak dapat pulangan berjaya dunia akhirat,
BERI dan KONGSIlah sesuatu yg anda sayang...
Muhasabahla..semak balik kenapa masih dapat belum pulangan berlipat ganda... RASA MCM DAH BERI banyak..tp masih hasil kat takuk tu je...muhasabah yer... apa yang anda beri tu adakah benar sesuatu yang anda saaayanggg... MASA, DUIT, TENAGA, ILMU, MAKANAN,EMOSI(Senyuman) ..apa lagi ye. haa Renung2kanlah....

Moral of the stori:
Kalau nak menerima tanpa henti,
Kalau nak terima lebih banyak dari apa yang diberi,
Kalau nak berjaya luarbiasa...
maka BERIlah apa2 yang anda saaayangggg....KONGSIlah apa2 yang anda saaayangggg.. BERI yang luarbiasa, HASILnya juga LUAR BIASA..InsyaALLAH.. Sesungguhnya kejayaan menuntut PENGORBANAN....



Tiada ulasan: