Khamis, 21 Ogos 2014

SENGGUGUT & JALAN PENYELESAIAN

OPSSS!!! PMS


Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.


>Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. 

>Sementara  Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.





ANTARA CARA MENGURANGKAN SENGGUGUT

1. Amalkan sikap positif dan bertenang.
Jangan fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara yang menyenangkan . Banyakkan berzikir dan berdoa.



2. Banyakkan Berjalan, Kekal Aktif
Pakar kesihatan mengesyorkan wanita kekal aktif ketika tidak haid dan meneruskannya ketika haid kerana ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid. Sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.

3. Awasi Garam dalam Makanan
Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.

4. Gunakan pad pemanas
Pad pemanas boleh dibeli di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit di bahagian perut. Cara yang lebih murah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut dengan tuala sebagai alat tuaman. Cik puan juga boleh mandi air hangat/suam untuk mengurangkan kesakitan.



5. Urut
Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

6. Minum air suam.
Elakkan ais dan minuman sejuk, pilih air suam. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu. Minum selepas ia suam.






7. Berjumpa doktor
Berjumpa doktor jika sakitnya sangat teruk. Kerana senggugut sekunder merupakan salah satu tanda untuk penyakit lain seperti endrometriosis, fibroid dan jangkitan kuman pada otot pelvik.


sekiranya anda memilih untuk mengamalkan suplemen @ makanan tambahan untuk membantu anda mengatasi masaalah senggugut dan sekaligus memberikan anda kesihatan yang terbaik saya mencadangkan GLA SHAKLEE..insyaallah dengan pengambilan yang teratur dan konsisten tidak mustahil masaalah senggugut anda selesai...








yakinlah bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI...
013-9194486
mardhiahzulkifli

Tiada ulasan: