Rabu, 8 Oktober 2014

TIPS UNTUK SEGALA HAJAT

assalamualaikum semua pembaca blog saya
terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini... :)

hari ini saya nak berkongsi sedikit tips selepas subuh
yang dikongsikan dari  abang MMR


“ Jangan tinggalkan dua amalan sunnah selepas solat Subuh dan Magrib”


Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dantidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ, يحيي ويميت, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

     “ Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”




Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata  sehingga selesai bacaan :

اللَّهُمَّ أَجِرْني مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”


Boleh juga membaca :

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّار

“ Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”



Apakah fadilat amalan yang pertama? 

Hadis daripada Abu Zar berkata, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah’. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib:  1/306)
     Imam an-Nasa’I menambah, “ Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.”
     Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”


Apa pula fadilat amalan yang kedua?
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:   “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

baca  di santapan minda selanjutnya ...  :)

TIPS UNTUK SEGALA HAJAT ( DAN SEGALA MASALAH )

**********************************

- Sesuai untuk semua orang

***********************************

Syaratnya jangan tanya mengapa. Buat dahulu.

***********************************

1) Berhenti menceritakan kesusahan atau hajat kepada orang. Cukuplah semalam. Mulai hari ini tiada orang baru yang tahu kisah dan hajat kita. ( buat biasa saja... )

2) Solat di awal waktu. (Cari jalan . Cukuplah dengan alasan yang sudah-sudah ). Bagi lelaki solatlah berjemaah (seboleh-bolehnya cari peluang untuk berjemaah di surau atau di masjid )

3) Setiap lepas solat doa begini; " Ya, Allah, saya serahkan urusan ini kepada-Mu; berilah jalan keluar yang terbaik ya Allah. Amin. (mulakan doa dengan selawat dan istighfar dan tutup dengan selawat )

4) Doakan orang lain juga (banyak-banyak )

***************************************

Tidak perlu lama:

Jika saudara bersungguh, jalan keluarnya (atau hajatnya ) Allah beri dalam tempoh:

3 hari
40 hari
4 bulan.

************************************
Sekali lagi, jangan tanya dahulu mengapa; buatlah dahulu.

*************************************
Saya (kongsikan rasa yakin ), bahawa apa yang kononnya ( sebelum ini sukar ) sebenarnya mudah sahaja. Kerana apa...?

Kerana Allah sudah bantu kita.

************************************

Saya tidak akan bercakap lebih dari ini.

************************************
ASSALAMUALAIKUM

************************************

INFO: Saya akan kembali menulis pada hari Rabu ( 15/10/2014 ). Sementara itu bolehlah baca posting-posting sebelumnya.

Kepada yang bersungguh , boleh PM dan SMS, malah boleh terus jumpa saya di rumah. Saya tidak mengunakan smartphone. Saya mengadap laptop/ FB hanya bilamana mahu menulis. Boleh save nombor telefon ini 012-9876 717 ( Penulis buku MMR ). Sekian.

Video: ( Kupasan buku MMR )
Website: ( website ini ejen yang uruskan )
sila klik untu info lebih lanjut

************************************

INSYA-ALLAH

************************************

semoga ilmu yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat pada semua..







anda ingin dapatkan produk shaklee dari saya??
anda ingin menjadi ahli shaklee bersama saya??
anda ingin dapatkan konsultasi percuma dari saya??

sila hubungi saya > 013-9194486
mar


2 ulasan:

Unknown berkata...

Info yang mmg superb! Selama ni buat tp x tau apa manfaatnya.

Unknown berkata...

alhamdulillah...anira :)semoga kita semua mampu memberikan manfaat pada orang lain